Apakah Itu Kolesterol ?
Kolesterol adalah sejenis lemak atau lipid yang unsurnya adalah seperti wax yang bukan hanya boleh dijumpai di dalam salur darah tubuh badan manusia dan di dalam sel-sel badan manusia. Ianya diperlukan oleh tubuh badan seseorang bagi
pembentukan dinding sel,pembetukan Vitamin D , dan juga pembetukan beberapa jenis hormon yang penting dan amat diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat 4 Jenis Kolesterol Di Dalam Badan umumnya iaitu :
a) Kolesterol LDL @ Low Density Lipoprotein Cholesterol
b) Kolesterol HDL @ High Density Lipoprotein Cholesterol
c) Kolesterol VLDL @ Very Low Density Lipoprotein
d) Trigleserida
Bagaimana Kolesterol Di Hasilkan Dan Apakah Fungsi Kolesterol ?
Kolesterol terhasil dari organ hati manusia.Hati menghasilkan 75 % kolesterol yang terdapat di dalam tubuh manusia. Dari hati,kolesterol akan dirembeskan melalui salur darah seluruh bahagian anggota badan.
Selain itu, kolesterol juga didapati daripada sumber makanan.
Makanan dari sumber haiwan & tumbuh-tumbuhan seperti telur, daging dan produk tenusu mempunyai klasifikasi kolesterolnya yang tersendiri.
Kolesterol amat penting kerana ia mempunyai pelbagai peranan di dalam proses metabolik badan. Kolesterol berfungsi untuk pembinaan sel-sel tubuh,sintesis hormon,sintesis Vitamin D dan penghasilan asid bile untuk proses pencernaan lemak.
https://en.wikipedia.org/wiki/Cholesterol
Walau bagaimanapun, badan manusia memerlukan kolesterol yang sihat dan baik untuk menjalankan proses metabolik badan. Tanpa kolesterol yang baik dan sihat, proses metabolik badan dan penghasilan hormon semulajadi oleh badan akan terganggu dan ini memberikan komplikasi lain kepada tubuh kita.
Apakah yang dimaksudkan dengan Kolesterol Jahat dan Bagaimana Ia Membahayakan Keadaan Kesihatan Dan Jantung Anda ?
Ini kerana kolesterol VLDL dan Trigliserides adalah terdiri daripada partikel-partikel lemak yang sangat kecil dan kebanyakkannya didapati di dalam salur darah,arteri,dan juga membentuk plak dan mengeras di dalam salur darah dan arteri darah.
Di dalam darah terdapat 3 jenis lemak yang utama iaitu Kolesterol, Triglyceride dan Fosfolipid. Oleh kerana komponen utama bagi darah adalah air kerana darah adalah sejenis cecair, maka untuk melarutkan ketiga-tiga lemak ini bagi membolehkan pengangkutannya di dalam darah memerlukan sejenis protein iaitu Apoprotein.
Kolesterol, Triglyceride dan Fosfolipid yang larut bersama dengan protein Apoportein di dalam darah dipanggil sebagai Lipoprotein dan ia kumpulan ini bergerak bersama-sama di dalam salur darah kita bersama-sama dengan darah di dalam tubuh badan.
Kolesterol VLDL atau Very Low Densitiy Lipoprotein dan Triglyceride adalah sejenis lemak yang melekat pada sel bawah kulit dan ia amat mudah teroksida. Keadaan teroksida atau `oxidation' ini memberi impak kepada kerosakan Kolesterol HDL dan LDL dan akhirnya membebankan salur darah.
Amatlah merbahaya jika anda mempunyai bacaan paras Triglyceride yang amat tinggi kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan pada salur darah dan penyakit hati atau dikenali sebagai Fatty Liver Disease.
Bacaan normal bagi Triglyceride haruslah tidak melebihi paras 2.0md/dl.
Jika terlalu banyak kolesterol di dalam salur darah yang membentuk plak dan mengeras, keadaan laluan di dalam salur darah akan menjadi semakin sempit dan ini menyebakan satu keadaan tekanan yang tinggi terhasil.
Penyempitan salur darah di dalam arteri disebabkan ole plak yang telah mengeras dan berkumpul di salur darah menyukarkan darah untuk bergerak ke jantung dan kawasan lain. Dengan ini, jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk mengepam darah ke suluruh badan. Jika tidak dicegah, situasi ini boleh menyebabkan badan mendapat sakit jantung atau stroke akibat daripada terlalu banyak kolesterol jahat dan plak yang mengeras dam menyempitkan arteri berkumpul.
Keadaan dan kondusi ini dipanggil `atherosclerosis'. Kondisi ini amat merbahaya untuk kesihatan anda kerana amat membahayakan organ Jantung. Jika keadaan ini berterusan, pembekuan darah boleh terbentuk di dalam salur darah akibat pengaliran darah yang tidak lancar
`
Makanan Penggalak Kolesterol Jahat
Awas !!! Makanan ini boleh menaikkan parasa kolesterol jahat anda dan membahayakan kesihatan anda ndan mengancam organ jantung anda!!!
1. Trans Fatty Acid
- Terdiri daripada lemak tidak tepu yang molekulnya terlalu kecil. Kandungan kimia yang terkandung di dalam asid trans fat ini menyebabkan sistem badan mengenalpastinya sebagai unsur asing dan tidak dapat memprosesnya. Akibatnya, asid trans fat ini akan berkumpul di kawasan yang lemak mudah dikumpul seperti perut, peha...
Ada juga kajian mendapati asid trans fat lemak hanya dapat dicernakan oleh badan selepas 51 hari. Bayangkan jika anda tidak menjaga pemakanan anda hari-hari dan sering memakan makanan yang kaya dengan Asid Trans Fat ...
Sumber asid trans fat : marjerin, mentega campuran dan yang bukan asli, hydrogenated vegetable oil, minyak sayur-sayuran atau vegetable oil ( minyak sayur-sayuran bukanlah minyak daripoada unsur sayur sebaliknya ia lebih kepada campuran soya dan minyak jagung ( canola oil ) atau minyak sayuran yang diproses.
Orang dewasa adalah pengidap tinggi kolesterol tidak kira lelaki dan juga perempuan.Antara punca kolesterol tinggi adalah disebabkan :
1) Cara Pemakanan
2 ) Berat Badan
3 ) Usia Dan Keturunan
4 ) Merokok
5 ) Pengambilan Ubat-Ubatan
Antara Tanda Dan Gejala Kolesterol Tinggi :
1) Cepat Letih dan Lesu
2 ) Terasa Berat pada bahagian Tengkuk
3) Sering Sakit Kepala
4 ) Mudah Mengantuk
5) Kebas Kaki Dan Tangan
6) Sukar Bernafas
7) Sering Mengalami Sakit Di Bahagian Dada
No comments:
Post a Comment