Kekeliruan Dan Salah Faham Tentang Cuka

Apakah itu Cuka ? 


Cuka adalah sejenis cecair yang  yang dihasilkan dari proses fermentasi buah-buahan ( cuka buah ) atau  dihasilkan melalui proses pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik ( cuka buatan ).


Ia mempunyai bau yang tajam dan rasa yang masam, Kebanyakkan Cuka digunakan di dalam masakan. Walau bagaimanapun ramai yang mengamalkan amalan meminum Cuka Buah-buahan disebabkan oleh khasiat dan manfaat yang diperoleh daripadanya. Cuka daripada Buah-buahan adalah lebih mahal berganda-ganda dari cuka buatan kerana prosesnya yang sedikit rumit,memerlukan bahan semulajadi di dalam proses pembuatannya dan mempunyai banyak khasiat serta manfaat jika dibandingkan dengan cuka buatan.

Cuka Buah yang terhasil dari proses pemeraman buah mengandungi asid setik, enzim, vitamin dan pelbagai mineral yang memberi manfaat yang cukup besar kepada kesihatan tubuh badan manusia.Proses pemeraman buah ini ataupun `fermentation process' telah menghasilkan bakteria baik atau probiotik, enzim berkhasiat  dan mikronutrien.





Cuka Buah merupakan minuman beralkali yang bertindak meneutralkan keasidan dan mengurangkan toksin di dalam darah. Ramai yang beranggapan pengambilan cuka buah boleh merosakkan lapisan dinding perut dan tidak sesuai bagi pesakit gastrik atau yang menghadapi ulser perut. 

Namun,pada hakikatnya, cuka adalah agen pembunuh bakteria Helicobacter Phylori yang menjadi punca utama kepada masalah gastrik dan ulser perut.






Cuka juga bertindak membantu pencernaan makanan dengan meningkatkan keasidan perut dan merangsang penghasilan asid perut untuk memudahkan proses pencernaan makanan dan penyerapan nutrient.

Kenapa Amalan Meminum Sedikit Cuka Amat Baik Untuk Kesihatan ? 

Perut boleh menjadi sarang kepada penyakit kerana menjadi tempat takungan kepada pelbagai jenis makanan. 


Perut juga merupakan satu-satunya organ tubuh badan yang memerlukan keadaan yang cukup berasid untuk menjalankan fungsinya yang optimum bagi mencernakan makanan. 

Rasulullah S.A.W pernah menyebutkan, 

`Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit' - Hadis Riwayat Muslim

`Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan', 

-  Surah al-A'raf : 31


Salah satu faktor yang membawa kepada masalah sistem pencernaan makanan ialah kekurangan asid di dalam perut. Gaya hidup,pemakanan,darah yang berasid, toksin, penggunaan ubat-ubatan kimia yang terlalu banyak dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan memakan makanan ringan dan makanan berproses seperti nugget,sosej dan tinggi pengawet serta segera adalah antara faktor yang mempengaruhi kadar asid di dalam perut.








No comments:

Post a Comment