Tips Dan Cara Menurunkan Kolesterol Jahat @ Triglicerides

1. Kurangkan memakan makanan yang berkarbohidrat ringkas dan tinggi karbohidrat seperti kek, makanan berasaskan tepung dan nasi yang berkanji tinggi.

- Karbohidrat menghasilkan gula dalam darah yang mana mempengaruhi paras gula dalam darah. 
Kita perlu belajar untuk mengetahui jumlah karbohidrat yang perlu diambil setiap hari bagi memastikan paras gula di dalam darah adalah terkawal.

-Pakar pemakanan akan memaklumkan jumlah karbohidrat dalam sehari yang sesuai bagi anda,di samping memaklumkan anda mengenai pelan makanan keperluan karbohidrat dalam sehari. 

-Pengambilan jumlah karbohidrat harian dan saiz hidangan setiap hari perlulah agak tetap dan konsisten. 

-Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap boleh memebantu mengawal paras gula dalam darah,berbanding pengambilan makanan yang banyak dalam satu masa. 



2. Banyakkan memakan sayur-sayuran yang berwarna merah, kuning , ungu dan hijau.

- Sayur-sayuran mengandungi vitamin, zat dan antioksida semulajadi yang amat berkhasiat untuk tubuh. 

-Walaubagaimanapun, di zaman teknologi ini, banyak kehadiran racun serangga dan pesticide yang tinggi di dalam sayur dan kehadiran sayur GMO telah mengurangkan khasiat, zat dan vitamin di dalam sayur tersebut.Malah kehadiran pesticide,racun serangga dan GMO akan memberikan kesan yang amat negatif kepada tubuh dan boleh menyebabkan kanser dan penyakit lain.

-Pastikan anda membeli dan memakan sayur sebaiknya sayur organik dan sayur kampung yang tidak terdedah kepada racun serangga, pesticide ,baja hormon dan bahan kimia lain.



3. Minum air secukupnya,sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

4. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup, paling kurang 6 jam sehari.

5. Banyakkan bergerak dan kurangkan duduk atau berbaring.



6. Memperbanyakkan pengambilan makanan yang mempunyai omega-3 semulajadi kerana omega-3 akan menambahkan bilangan kolesterol baik di dalam darah,membantu menurunkan paras kolesterol jahat dan mengandungi lemak yang sihat.

-Antara makanan yang kaya dengan lemak sihat dan omega-3 adalah ikan salmon, buah avocado, minyak zaitun, badam, santan,minyak kelapa asli ( mengandungi asid laurik yang hampir menyamai khasiat susu ibu dan medium chain fatty acid iaitu sejenis rantaian lemak sihat), telur ( telur kampung dan bukan telur dari ayam yang dikurung dan diberi makan pallet atau jagung kerana kebanyakan jagung yang digunakan adalah gmo,mengandungi hormon dan racun serangga yang tinggi) .



No comments:

Post a Comment